Sunday, September 13, 2015

DUNIA BINA BADAN




Selamat datang ke bodybuilder malaysia.diruangan ini disediakan pelbagai informasi berguna mengenai cara bina badan dan tentang kesihatan tubuh badan untuk tatapan semua golongan
peringkat umur.tujuan blog ini di wujudkan untuk berkongsi pengetahuan tentang sukan bina badan kepada remaja yang inginkan susuk tubuh badan yang tegap dan perkasa.ramai remaja diluar
sana mempunyai impian yang tinggi untuk memiliki tubuh tegap.



Pada era-80an nama Bujang Taha, Solomon Ismanto dan Suhardi Mokmin mungkin sudah tidak begitu dikenali oleh generasi muda di negeri ini.
Namun, itulah nama-nama besar dalam sukan bina badan negeri ini sekitar 70-an hingga 80-an sehingga nama Sarawak dijulang bukan sahaja di peringkat kebangsaan bahkan Asia.
Bujang umpamanya pernah memegang gelaran Mr. Asia, Solomon pula pernah meraih pengalaman bertanding dalam kejohanan bina badan peringkat dunia, Mr. Universe dan Sohardi adalah nama yang digeruni di peringkat Mr. Malaysia.
Kini, di atas pelbagai faktor, prestij negeri ini dalam sukan bina badan merudum teruk, jika ada pelapis sekalipun, tahapnya masih jauh jika dibandingkan dengan pencapaian atlet era 70-an dan 80-an.
Antara indikator terbaru status sukan bina badan di negeri ini adalah apabila Persatuan Bina Badan Sarawak (PBBS) pada Mei lalu membuat ketetapan tidak menyertai acara bina badan yang julung kalinya diperkenalkan pada Sukan Malaysia (Sukma) tahun ini.
Presiden PBBS, Datuk Wee Hong Seng berkata, walaupun tidak berpeluang menyertai Sukma pada tahun ini, ia bukan bermakna PBBS hanya berdiam diri tanpa berbuat apa-apa.
"Kita gembira kerana akhirnya sukan bina badan dipertandingkan di Sukma. Ini merupakan salah satu usaha Persatuan Bina Badan Malaysia (PBBM) untuk memartabatkan sukan itu.
"Sehubungan itu, saya berharap jawatankuasa khususnya PBBS mulai bekerja mencari pelapis bina badan yang baru untuk dilatih dan bersiap sedia menghadapi Sukma pada masa depan," katanya pada Kejohanan Bina Badan Mr. Sarawak 2011 di sini baru-baru ini.
Hadir sama Pengerusi PBBM, Julian Jolly.
Hong Seng menjelaskan, beliau akan membincangkan perkara itu dengan Menteri Muda Sukan negeri, Datuk Lee Kim Shin untuk menarik lebih ramai golongan muda menyertai sukan bina badan.
Katanya, ia termasuklah memberikan hadiah galakan atau insentif kepada atlet bina badan yang berjaya mengharumkan nama negeri ini.
"Saya berharap bekas atlet bina badan tempatan yang pernah mengharumkan nama Sarawak di peringkat kebangsaan mahupun luar negara agar tampil dan sama-sama berganding bahu dengan PBBS dalam melatih bakat baru," katanya.
Sementara itu, bandar raya ini sepanjang bulan lalu terlibat aktif sebagai tuan rumah dua pertandingan bina badan iaitu peringkat Mr. Miri dan Mr. Sarawak.
Mr. Miri adalah pertandingan yang menemukan semua atlet bina badan di bahagian ini dan pemenang setiap kategori yang dipertandingkan akan ditabalkan sebagai Mr. Miri sekali gus membawa cabaran ke peringkat Mr. Sarawak.
Pemenang setiap kategori Mr. Sarawak pula akan membawa cabaran negeri ini ke peringkat Mr. Malaysia yang dijadualkan berlangsung di Muar, Johor pada 22 hingga 24 Julai ini.
Sebanyak sembilan kategori Mr. Sarawak dipertandingkan iaitu Junior, Master, Flyweight, Bantamweight, Lightweight, Welterweigth, Light Middleweight, Middleweight dan Heavyweight.
Muncul sebagai Mr. Sarawak mengikut turutan kategori ialah Kong Teck Leong, Ling Nen Lung, Saiful Bahari Morsidi, Malvern Abdullah, Mohd. Faizal Razali, Awang Mohd. Azizul Ghani, Hairul Tarmizi, Hoan Kee Huang dan George Awi William.
Malvern dari Kuching juga dinobatkan Juara Antara Juara Mr. Sarawak.g, Saiful Bahari Morsidi, Malvern Abdullah, Mohd. Faizal Razali, Awang Mohd. Azizul Ghani, Hairul Tarmizi, Hoan Kee Huang dan George Awi William.







No comments:

Post a Comment