Sunday, September 13, 2015

MR UNIVERSE MALAYSIA


Datuk Sazali Abdul Samad ialah seorang ahli bina badan Malaysia.
Sazali dilahirkan di Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Sazali Samad sudah banyak melakukan senaman angkat berat di pusat latihan bina badan Polis Diraja Malaysia PDRM di Bukit Aman, Kuala Lumpur dan juga di gimnasium di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Sazali Samad juga merupakan salah seorang ahli bina badan Malaysia. Sazali telah berkecimpung dengan sukan bina badan ini sejak dia berusia 25 tahun. Sazali Samad telah berjaya mewakili Malaysia dalam Sukan Asia 2006 di Doha, Qatar



Sazali merupakan seorang polis yang berpangkat sub inspektor.Sazali mempunyai tiga orang anak lelaki dan dua anak perempuan.Dalam tahun 2007, Sazali mula menjadi jurulatih bagi Malaysia bagi persiapan atlet bina badan Malaysia untuk Sukan SEA di Korat. Diantara atlet dibawah latihan Sazali adalah Tun Jahafar Abdul Rahim, Mohd Salim Mat Salleh dan Buda Anchah.


PENCAPAIAN SAZALI SAMAD



2008
  • Naib Juara Pertandingan 2008 IFBB Arnold Classic Bodybuilding, Fitness And Figure
2007
  • Juara Mr. Universe Kejohanan Bina Badan Amatur Dunia ke-61[1] , kategori Lightweight, di Jeju, Korea Selatan
2006
2005
2004
2003
2000
1999
1998
1997
1996
  • Juara kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia
1995
  • Tempat Ke-tiga kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia
1994
  • Tempat Ke-dua kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia
1993
  • Tempat Ke-dua kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia
  • Tempat Ke-tiga kategori Bantamweight Sukan SEA di Singapura
1992
  • Tempat Ke-tiga kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia

Anugerah

2007

 Pencapaian Datuk Sazali Samad amat membanggakan kita sebagai rakyat malaysia.Justeru itu belia yang minat dalam dunia bina badan bole jadikannya sebagai pembakar semangat untuk sampai ke peringkat antarabangsa...MALAYSIA BOLEH!!!

DUNIA BINA BADAN




Selamat datang ke bodybuilder malaysia.diruangan ini disediakan pelbagai informasi berguna mengenai cara bina badan dan tentang kesihatan tubuh badan untuk tatapan semua golongan
peringkat umur.tujuan blog ini di wujudkan untuk berkongsi pengetahuan tentang sukan bina badan kepada remaja yang inginkan susuk tubuh badan yang tegap dan perkasa.ramai remaja diluar
sana mempunyai impian yang tinggi untuk memiliki tubuh tegap.



Pada era-80an nama Bujang Taha, Solomon Ismanto dan Suhardi Mokmin mungkin sudah tidak begitu dikenali oleh generasi muda di negeri ini.
Namun, itulah nama-nama besar dalam sukan bina badan negeri ini sekitar 70-an hingga 80-an sehingga nama Sarawak dijulang bukan sahaja di peringkat kebangsaan bahkan Asia.
Bujang umpamanya pernah memegang gelaran Mr. Asia, Solomon pula pernah meraih pengalaman bertanding dalam kejohanan bina badan peringkat dunia, Mr. Universe dan Sohardi adalah nama yang digeruni di peringkat Mr. Malaysia.
Kini, di atas pelbagai faktor, prestij negeri ini dalam sukan bina badan merudum teruk, jika ada pelapis sekalipun, tahapnya masih jauh jika dibandingkan dengan pencapaian atlet era 70-an dan 80-an.
Antara indikator terbaru status sukan bina badan di negeri ini adalah apabila Persatuan Bina Badan Sarawak (PBBS) pada Mei lalu membuat ketetapan tidak menyertai acara bina badan yang julung kalinya diperkenalkan pada Sukan Malaysia (Sukma) tahun ini.
Presiden PBBS, Datuk Wee Hong Seng berkata, walaupun tidak berpeluang menyertai Sukma pada tahun ini, ia bukan bermakna PBBS hanya berdiam diri tanpa berbuat apa-apa.
"Kita gembira kerana akhirnya sukan bina badan dipertandingkan di Sukma. Ini merupakan salah satu usaha Persatuan Bina Badan Malaysia (PBBM) untuk memartabatkan sukan itu.
"Sehubungan itu, saya berharap jawatankuasa khususnya PBBS mulai bekerja mencari pelapis bina badan yang baru untuk dilatih dan bersiap sedia menghadapi Sukma pada masa depan," katanya pada Kejohanan Bina Badan Mr. Sarawak 2011 di sini baru-baru ini.
Hadir sama Pengerusi PBBM, Julian Jolly.
Hong Seng menjelaskan, beliau akan membincangkan perkara itu dengan Menteri Muda Sukan negeri, Datuk Lee Kim Shin untuk menarik lebih ramai golongan muda menyertai sukan bina badan.
Katanya, ia termasuklah memberikan hadiah galakan atau insentif kepada atlet bina badan yang berjaya mengharumkan nama negeri ini.
"Saya berharap bekas atlet bina badan tempatan yang pernah mengharumkan nama Sarawak di peringkat kebangsaan mahupun luar negara agar tampil dan sama-sama berganding bahu dengan PBBS dalam melatih bakat baru," katanya.
Sementara itu, bandar raya ini sepanjang bulan lalu terlibat aktif sebagai tuan rumah dua pertandingan bina badan iaitu peringkat Mr. Miri dan Mr. Sarawak.
Mr. Miri adalah pertandingan yang menemukan semua atlet bina badan di bahagian ini dan pemenang setiap kategori yang dipertandingkan akan ditabalkan sebagai Mr. Miri sekali gus membawa cabaran ke peringkat Mr. Sarawak.
Pemenang setiap kategori Mr. Sarawak pula akan membawa cabaran negeri ini ke peringkat Mr. Malaysia yang dijadualkan berlangsung di Muar, Johor pada 22 hingga 24 Julai ini.
Sebanyak sembilan kategori Mr. Sarawak dipertandingkan iaitu Junior, Master, Flyweight, Bantamweight, Lightweight, Welterweigth, Light Middleweight, Middleweight dan Heavyweight.
Muncul sebagai Mr. Sarawak mengikut turutan kategori ialah Kong Teck Leong, Ling Nen Lung, Saiful Bahari Morsidi, Malvern Abdullah, Mohd. Faizal Razali, Awang Mohd. Azizul Ghani, Hairul Tarmizi, Hoan Kee Huang dan George Awi William.
Malvern dari Kuching juga dinobatkan Juara Antara Juara Mr. Sarawak.g, Saiful Bahari Morsidi, Malvern Abdullah, Mohd. Faizal Razali, Awang Mohd. Azizul Ghani, Hairul Tarmizi, Hoan Kee Huang dan George Awi William.